Sunday, August 21, 2016

Filled Under:

TERBONGKAR!!! SEBELUM ISU CERAI ALLY ISKANDAR, FARAHDHIYA TERKEJUT TERIMA WHATSAPPS ALLY!!!

TERBONGKAR!!! SEBELUM ISU CERAI ALLY ISKANDAR, FARAHDHIYA TERKEJUT TERIMA WHATSAPPS ALLY!!!
:)

Penyanyi cantik Farahdhiya mendedahkan telah diperdaya oleh individu yang menyamar dirinya sebagai Ally Iskandar (Selebriti TV3) dengan menawarkan pekerjaan dalam aktiviti pelacuran sebagai Gadiss Peneman (Escort Girl).
Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin, 32, berkata, dia nyaris-nyaris terpedaya kerana pada awalnya individu yang menyamar itu menawarkan kerja sebagai pengacara disalah sebuah program televisyen.
"Saya ingin berkongsi kejadian yang berlaku kepada saya sebelum ramai lagi akan tertipu. 3 bulan lalu Instagram Ally Iskandar telah menghantar mesej untuk meminta nombor telefon saya, jadi tanpa sebarang syak kerana pernah beberapa kali bekerjasama dengan dia, saya memberikan nombor telefon peribadi.
"Dia kemudian menghantar mesej di laman WhatsApp beberapa kali untuk menawarkan kerja hosting. Pada mula ianya tiada masalah, semua perbincangan berkaitan kerja sehingga pertengahan perbualan itu membuatkan saya ada berasa ragu," ujarnya lagi.
Farah mendedahkan perkara tersebut bersama beberapa keping foto perbualannya dengan individu itu di laman rasmi Instagram miliknya.
Tambah Farah, individu tersebut kemudiannya mula cuba menawarkan pekerjaan tambahan lain dengan bayaran ratusan ribu ringgit di luar negara.
Dia juga ditawarkan menjadi duta sebuah produk yang tidak dinyatakan dan diragui, selain perlu menemani seorang VIP bercuti ke keluar negara.
"Ally palsu itu menawarkan kerja tambahan selain hosting dengan harga RM30,000 dan RM140,000. Awak semua boleh baca di gambar apa yang mereka tawarkan.
"Ia sangat biadap dan kurang ajar termasuklah minta saiz badan dan gambar depan belakang, nasib baik juga saya tidak bagi sebab saya boleh fikir mana yang betul dan salah," katanya lagi.
Farah berkata, dia sudah menghubungi terus Ally Iskandar mengenai hal itu dan dia memberitahu orang lain juga turut terpedaya dengan penyamaran licik tersebut.
Sehubungan itu dia bakal membuat laporan polis terhadap individu berkenaan agar mendapat tindakan yang sewajarnya.
"Saya sudah bercakap dengan Ally Iskandar yang sebenar dan dia beritahu bahawa telah beberapa orang lain turut terkena daripada individu yang sama.
"Saya akan buat laporan polis terhadap perkara ini dan saya risau kalau ada artis baru terpedaya dengan penipu licik seperti ini," ujarnya lagi.





0 comments:

Post a Comment