Monday, August 22, 2016

Filled Under:

PANAS!!! PELAJAR LELAKI AKADEMI FANTASIA 2016 PUNYAI HUBUNGAN SULIT DENGAN ISTERI PELAWAK POPULAR!!!

PANAS!!! PELAJAR LELAKI AKADEMI FANTASIA 2016 PUNYAI HUBUNGAN SULIT DENGAN ISTERI PELAWAK POPULAR!!!


Pihak Astro akan lakukan siasatan terperinci berkaitan dakwaan mengenai salah seorang daripada peserta lelaki Akademi Fantasia 2016 (AF2016) menjalin hubungan sulit dengan isteri pelawak terkenal.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, pihaknya terkejut dan tidak mengetahui mengenai perkara itu sehingga ianya dibangkitkan dalam kalangan pengguna-pengguna laman sosial.
“Saya sendiri terkejut mendengar perkara ini dan kami akan menyiasat dakwaan berkenaan."katanya.
“Seboleh-bolehnya, kami mahu semua peserta AF2016 bersih daripada sebarang kontroversi,” katanya lagi selepas tamatnya Konsert Minggu Pertama AF2016 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) , malam tadi.
Raqim amat berharap perkara itu bukan salah laku membabitkan hubungan sulit dengan isteri orang terutama di kalangan selebriti.
Terdahulu, peserta terbabit dikatakan sering menyanyi bersama isteri pelawak itu di aplikasi Smule dan dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.





0 comments:

Post a Comment