Saturday, May 28, 2016

Filled Under:

MUNGKIN WARIS-WARIS PELAJAR LUPA BAB INI..ANAK ANDA MUNGKIN TIDAK PERNAH CERITA APA ITU '' FLIPPED CLASSROOM'' CIKGU INI CUBA BONGKAR ACTIVITI MEREKA YG SANGAT BERMORAL INI..MUNGKIN RAMAI WARIS TIDAK TAHU JOM SEBAR JIKA WARIS BLEURR TENTANG INI

Apa Itu Flipped Classroom?
Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran. Antara yang popular adalah Flipped Classroom. Dikesan mula aktif dipraktiskan seawal tahun 2007 oleh guru Kimia di Woodland Park High School, flipped classroom semakin mendapat tempat dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan Academy. Jom kita dalami lagi apa yang dimaksudkan dengan flipped classroom.

Model pembelajaran abad 21 Flipped Classroom
Apa itu Flipped Classroom?


Apa Itu Flipped Classroom?
Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. 

Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan?


Apa Itu Flipped Classroom?
Model Flipped Classroom

Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom. Sumber
Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan perbincangan secara online dan menjalankan kajian di rumah. Itu pun masih dikira sebagai Flipped Classroom.

Kelebihan Flipped Classroom
Antara kelebihan menggunakan Flipped Classroom sebagai pendekatan pembelajaran adalah : 

1. Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan
2. Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif
3. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar
4. Menggalakkan 'independent learning'
5. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu


Berikut adalah contoh perbezaan sesi pembelajaran yang melibatkan kelas tradisional dan juga kelas yang sudah diflipped. 

Perbezaan kelas tradisional dan Flipped Classroom

Anda boleh lihat dengan jelas, dengan menggunakan model Flipped Classroom, masa dalam kelas lebih banyak diperuntukkan untuk melakukan aktiviti, perbincangan dan pengukuhan. Tugas 'lecture' telah diambil alih oleh pelajar dengan menonton video guru sebelum kelas bermula. Pembelajaran jadi lebih bermakna.



Pengalaman Flipped Classroom
Secara praktikalnya, mungkin sebahagian daripada kita sudah lama mengamalkan konsep pembelajaran sebegini. Iaitu dengan menyuruh pelajar menonton video dan kemudiannya melakukan sesi perbincangan di dalam kelas. Itu lah Flipped Classroom!


Saya kongsikan sedikit pengalaman saya melakukan Flipped Classroom bersama pelajar saya di SMK Jerlun.

Sehari sebelum
Bagi tugasan membina model Sistem Pernafasan Manusia, saya telah memberikan pelajar sekeping kertas tertulis link kepada video dan juga link kepada website bagi rujukan pelajar. 




Semasa di Rumah
Di rumah, pelajar menonton video dan melakukan bacaan dan sedikit kajian mengenai tugasan. Mereka juga menyediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti pada hari esok nya. Semuanya dilakukan oleh pelajar, secara individu atau berkumpulan. Tetapi, yang paling penting adalah proses pembelajaran yang berlangsung di rumah. 




Semasa Waktu P&P
Keesokan harinya sewaktu kelas Sains, mereka hanya perlu memasang semua peralatan. Perbincangan dan kolaborasi antara pelajar berlangsung semasa penyediaan model. Guru hanya tidak lagi perlu menceritakan semuanya dari A ke Z. Sebaliknya hanya menjadi pemudahcara sepanjang kelas berlangsung.


Pelajar melakukan aktiviti di dalam kelas berpandukan video yang ditonton semalam

Masa saya kini tidak dibazirkan lagi dengan sesi lecture yang menggunakan banyak masa. Pelajar sendiri telah mengambil alih sesi tersebut dengan menonton video pada hari sebelumnya. Masa dalam kelas hanya tertumpu kepada proses pembelajaran sebenar.



Pelajar membentangkan hasil kerja dengan dibantu oleh pembacaan artikel sehari sebelumnya

Akhir kelas, pelajar membentang hasil kerja mereka masing-masing. Projek yang mereka buat dalam kelas, tetapi dengan menggunakan bahan dan kajian yang mereka buat di rumah melalui tontonan video dan bacaan di Internet. Mudah kan? 


Kesimpulannya, pada saya dengan menggunakan pendekatan Flipped Classroom ini, tugas-tugas mengajar menjadi lebih mudah dan lebih bermakna. Part yang saya suka adalah melalui ini juga akan menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Tidak mengharap usaha guru semata-mata. Maka waktu p&p dalam kelas akan dapat dilangsungkan dengan lebih berkesan dan lebih bermakna.



Saya akui pasti akan ada beberapa kekangan untuk model ini. Liputan internet yang terhad, latar belakang murid, sikap murid dan beberapa faktor lain lagi. Tetapi, saya menyeru kita warga pendidik mencuba sebaik mungkin apa  yang terdaya jika berpeluang, memberi peluang kepada pelajar kita untuk merasa pengalaman pembelajaran yang berbeza. Belum cuba, belum tahu kan.. :)


Demikian lah perkongsian saya mengenai model pembelajaran Flipped Classroom. Artikel ini saya tulis berdasarkan pembacaan dan juga perkongsian pengalaman saya sendiri menjalankan Flipped Classroom kepada pelajar-pelajar saya. Anda ada kisah menarik untuk dikongsikan? Jom tulis komen di bawah untuk kita dapat manfaat bersama-sama.




0 comments:

Post a Comment