Sunday, May 29, 2016

Filled Under:

Kuasa Allah swt !! Wanita ini berjaya Melahirkan "BAYI" terbesar didunia !!


Mak aiii! Besarnya baby ni, dah macam baby berumur enam bulan ke atas jer.. Mesti perut mak baby ni besar masa mengandungkan baby tu noh?? Kalau besar macam tu, memang tak boleh lahir secara normal lah.. Perlu dibedah untuk keluarkannya, betul tak??

Kalau tak, seksa si ibu nak melahirkan secara normal.. Ibu baby berkenaan yang dikenali Nandini, 19 dari India dipercayai melahirkan bayi terbesar di dunia.. Mana tidaknya, bayi perempuan yang belum dinamakan tu dilahirkan dengan berat 6.8 kilogram, beratnya sama dengan purata berat kanak-kanak berusia enam bulan..

Baby berkenaan dipercayai mengatasi pemegang rekod bayi paling berat di dunia iaitu Carisa Rusack, yang dilahirkan dengan berat 6.58 kilogram di Massachesetts, Amerika Syarikat, pada 2014..

Si ibu yang mempunyai berat 94 kilogram dan tinggi 190 sentimeter dikatakan tidak menghadapi masalah langsung sepanjang mengandung.. Doktor pun turut mengesahkan kesihatan si ibu dan baby tidak menghidap diabetes, yang biasanya menyebabkan obesiti di dalam kalangan bayi yang baru lahir..

Korang bayangkan umur baby tu masa satu tahun nanti, mesti tak normal macam budak lain noh? Itulah yang dikatakan satu ciptaan yang menakjubkan.. 




0 comments:

Post a Comment