Monday, April 25, 2016

Filled Under:

SUBHANALLAH !! LELAKI " TANPA KEPALA" INI MOHON SUPAYA HENTIKAN AMBIL GAMBARNYA DAN MENGEJEKNYA DI TENGAH JALAN !!


Berikutan viral video seorang gelandangan "tanpa kepala" yang dilihat merayau di sekitar bandar Ipoh, wartawan Astro Awani berjaya mengesan lelaki tersebut dan berjaya menemui beliau yang sedang duduk di pekarangan bangunan Seri Kinta di sini pada Rabu lalu.
Lelaki terbabit, K. Vellu, 45, berkata perkara tersebut terjadi kepadanya sejak dia berusia tiga tahun lalu sewaktu dia bertugas sebagai penjaga keselamatan.
Dah ramai orang yang terkejut … ada kereta yang sampai menekan brek apabila mereka nampak saya terutamanya pada waktu malam.

“Siap ambil gambar, ambil video …dan saya sedar saya sangat dikenali di Internet sebab ramai yang datang berjumpa dan bertanyakan kenapa saya jadi macam ini,” katanya.
Beliau juga sudah biasa dengan sikap sesetengah pengguna lalu lintas yang kadangkala mentertawakan dan mengejek keadaan fizikalnya.
Vellu berkata dia sudah serik untuk mendapatkan rawatan bagi memperbetulkan struktur lehernya kerana pihak perubatan turut gagal untuk mengenalpasti punca beliau menjadi sedemikian.
Menceritakan pengalamannya, Velu berkata terdapat beberapa senario dimana orang ramai menjerit ketakutan dan memekik selepas melihatnya di tempat tidur pada waktu malam di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Lelaki yang berasal dari Bidor, Perak itu percaya struktur lehernya yang bengkok dan seolah-olah jatuh itu adalah hasil buatan orang.
Ini kena buat oranglah, doktor pun cuba rawat tetapi tak tahu saya sakit apa, kulit semua mengelupas dan bernanah dan leher saya pun tak boleh nak luruskan.

“Saya sudah berputus asa dan kalau boleh berhentilah ambil gambar saya, bukan boleh tolong atau buat apa pun,” tambahnya.




0 comments:

Post a Comment