Thursday, December 17, 2015

Filled Under:

PUKULAN JANDA BAIK SINONIM DENGAN NAMANYA MENANTI PENGUNJUNG MENIKMATI KEUNITKAN REKABENTUK YANG RARE

Unik kan! Reka bentuk chalet yang lain daripada chalet-chalet yang ada disekitarnya.

Tak jauh pun, Chengal Retreat ini terletak di Pahang iaitu lebih tepat di Kuala Lurah, Kampung Janda Baik.
Tempat yang sangat damai dan menenangkan ini sememangnya sesuai untuk dijadikan penginapan percutian bersama keluarga setelah kesibukan bekerja. Sudah lama tidak meluangkan masa dengan keluarga, inilah masanya. 
Jika dilihat pada chalet ini, ia mampu memuatkan dua hingga 4 orang bergantung kepada saiz bilik yang dipilih. (bermula daripada RM250 semalam)
Mari kita tengok kawasan sekitar Chegal Retreat Resort ini, memang awesome!! :
Suasana pagi yang kelihatan sejuk dan mendamaikan. Siap ada ayam, ini baru konsep kampung.
Disini disediakan beberapa jenis chalet mengikut bajet dan harga yang sangat berpatutan.
Turut disediakan tapak perkhemahan bagi yang gemar berkhemah.
Selain itu, banyak aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi sungai, Jungle trekking, memanah, ATV, 4x4 dan macam-macam lagi... Syoknya!!!
Apa tunggu lagi, hari baik bulan baik, tetapkan masa baik-baik, jom ke Janda Baik! - CARI Infonet.




0 comments:

Post a Comment