Saturday, December 19, 2015

Filled Under:

Penyamun 7E Maut Ditembak

Penyamun 7E Maut Ditembak
Seorang lelaki Melayu yang cuba menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam, maut ditembak, awal pagi tadi.

TUMPAT - Seorang lelaki Melayu yang cuba menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam, maut ditembak, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 3 pagi itu, Nurimin, 34, yang juga mempunyai rekod jenayah lampau, mati ditembak di kedai 7 Eleven di SBJ Pasir Pekan Wakaf Bharu.
Polis menerima panggilan dari seorang pengadu yang juga kakitangan kedai serbaneka tersebut mengatakan terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali memasuki premisnya dengan membawa sebilah pisau sepanjang 27 sentimeter.
Polis segera ke premis tersebut dan mendapati suspek masih berada di dalam kedai. Suspek diberikan amaran, namun tidak diendahkan dan enggan meletakkan senjatanya serta telah menyerang anggota polis. Tindakan bahaya suspek itu membuatkan polis melepaskan tiga das tembakan menyebabkan suspek maut di tempat kejadian.
Berdasarkan rakaman CCTV premis tersebut, suspek telah masuk ke kedai pada jam 2.45 pagi dan cuba menyamun kedai itu. Dua pekerja kedai itu telah melarikan diri ke bahagian belakang stor bagi menyelamatkan diri.  Suspek mengeledah bahagian kaunter untuk mendapatkan wang, sebelum anggota polis tiba di tempat kejadian tidak beberapa lama selepas itu.
Difahamkan, suspek turut ditemani oleh seorang rakannya lagi yang telah berjaya meloloskan diri. Pihak polis kini sedang giat memburu suspe




0 comments:

Post a Comment