Saturday, December 19, 2015

Filled Under:

Kisah cinta yang menyayat hati dan menjadi trending di facebook


Kisah cinta yang menyayat hati dan menjadi trending di facebook | 4,000 kilometer. Lapan negara. Dua hati. Satu cinta. Kisah jejaka miskin dan gadis kaya yang bertemu dan jatuh cinta. Mereka kemudiannya terpisah. Si jejaka berjanji akan membina hidup dan kembali bertemu si gadis. Tiba suatu hari, si jejaka nekad dan mula mengayuh basikal merentas lapan negara, semata-mata untuk bertemu dengan pencuri hatinya. Sekali imbas, kisah ini mustahil wujud di dunia nyata dan hanya dibikin untuk mengisi layar perak. Namun inilah yang benar-benar berlaku kepada Dr Pradyumna Kumar Mahanandia dan Charlotte Von Schedvin.
Kisah yang kini mencecah lebih 100 ribu likes dan 80 ribu perkongsian dikirim di akaun Facebook Satyanarayan Patri. Kisah epik ini bermula pada tahun 1975 apabila Von Schedvin yang ketika itu belajar di London pada usia 19 tahun, terbang ke India menjejak pelukis masyhur untuk meminta potretnya dilukis. Pelukis itu bernama Mahanandia. Beliau ketika itu menuntut di Kolej Seni New Delhi, satu pencapaian yang tidak tergambarkan baginya yang berasal dari keluarga miskin dan berkasta rendah di Odisha.
“Bagi sudah ditakdir bintang-bintang, ketika potret dilukis, dia (Mahanandia) sudah terpukau dengan kejelitaaan, dan dia (Von Schedvin) tergoda dengan kesederhanaan. Cinta sudah bermula,” karang Satyanarayan dalam kiriman Facebook itu.
Walau dengan latar belakang jauh berbeza, mereka kemudian melangsungkan perkahwinan. Charlotte yang berdarah diraja Sweden itu mengambil nama India, Charulata.
Pada tahun 1978, tiba masanya untuk Von Schedvin pulang ke pangkuan keluarga. Beliau mengajak suami agar turut serta namun Mahanandia masih perlu menyambung pengajian.
Mahanandia berjanji akan ke Sweden sesudah pengajian beliau selesai
Ribuan kilometer tidak memisahkan
Mereka kekal berhubungan melalui kiriman warkah dan walaupun berkali-kali Von Schedvin menawarkan tiket penerbangan, Mahanandia bertegas akan ke sana dengan titik peluh sendiri.
Mahanandia menjual segala harta benda dan membeli sebuah basikal terpakai. Bersama-sama dengan berus lukisan, cat warna, dan sebuah cinta — beliau memulakan pengembaraan.
Beliau berkayuh sejauh 4,000 kilometer merentas Afghanistan, Iran, Turki, Yugoslavia, Jerman, Austria, dan Denmark.
Sepanjang perjalanan, berkali-kali basikal beliau rosak. Adakalanya beliau berkayuh tanpa mengalas perut. Namun semua itu gagal memadam obor cinta yang kekal menyala.
Selepas empat bulan dan tiga minggu yang penuh dugaan, Mahanandia akhirnya tiba Gothenburg, Sweden.
Ketika itu tidak banyak negara yang mensyaratkan visa untuk para pengembara. Ketika tiba di sempadan Sweden, pegawai imigresen tergamam apabila seorang lelaki tiba dari India dengan basikal semata-mata untuk bertemu dengan isteri tercinta.
Selepas 40 tahun berlalu, pasangan suami isteri ini bahagia bersama dua cahaya mata dan menetap di Sweden. Mahanandia kini bergelar penasihat seni dan kebudayaan bagi kerajaan Sweden




0 comments:

Post a Comment