Friday, December 18, 2015

Filled Under:

JANGAN TERKEJUT Buaya Dijadikan Warden Penjara Untuk Atasi Rasuah


sumber foto: google image
Bosan dengan masalah rasuah yang sering melanda warden penjara kawalan ketat, pemerintah Indonesia berhasrat menggunakan perkhidmatan buaya sebagai pengawal bagi menggantikan tenaga manusia.
Menurut agensi berita antarabangsa AFP, pasukan antidadah Indonesia telah mengusulkan pembinaan sebuah penjara khas bagi menempatkan banduan kesalahan pengedaran dadah berat yang dijatuhi dihukum mati.
Ini kerana, bagi pihak berkuasa terbabit, binatang buas tersebut dapat mengekang tindakan banduan daripada melepaskan diri, berbanding dengan pengawal yang boleh mengambil wang rasuah untuk melepaskan pesalah jenayah berat itu.
Bagaimanapun mereka enggan mendedahkan berapakah bilangan buaya akan bertugas dan kos upah perkhidmatan reptilia berkenaan yang dijangka bertugas 24 jam setiap hari sepanjang tahun tanpa cuti rehat.
Buat masa ini, banduan hukuman mati ditempatkan di penjara Kerobokan di mukim Badung, Bali yang dibuka sejak 1979 dan kini menampung lebih 1,000 tahanan daripada pelbagai negara. - CARI Infonet




0 comments:

Post a Comment