Friday, December 18, 2015

Filled Under:

CERITA PANAS-PANASS STAR WARS Stormtrooper Dirakam Meminta Sedekah Daripada Orang Ramai



LELAKI berpakaian Stormtrooper membawa cawan plastik untuk mengemis.

London: Dalam kisah Star Wars, Stormtrooper paling digeruni, tetapi kadang kala mungkin mereka juga memerlukan bantuan.

Video dimuat naik seorang penumpang kereta api, Thomas Evans, di London ini membuktikan perkara itu apabila menunjukkan seorang lelaki berpakaian ala Stormtrooper meminta sedekah daripada orang ramai.

"Ladies and gentlemen, sorry to disturb your journey home tonight. Because of the first order, I am a homeless stormtrooper ending up on the streets of London.

"I was wondering if you could find it in your hearts to donate some money so I can get to the shops tonight. May the force be with you."


“Saudara saudari sekalian. Minta maaf mengganggu perjalanan pulang anda malam ni. Disebabkan ‘First Order’, saya kini Stormtrooper gelandangan yang terpaksa bermalam di jalanan London.

“Saya mengharapkan anda semua cukup baik hati untuk mendermakan sedikit wang supaya saya dapat ke kedai malam ini. Semoga kuasa bersamamu,” katanya.
 
Dia kemudian menemui orang ramai seorang demi seorang sambil membawa cawan plastik untuk dimasukkan wang. 

Malah, ramai juga penumpang kereta api itu tidak kisah berkongsi sedikit wang mereka dengannya. - Metro




0 comments:

Post a Comment