Saturday, October 17, 2015

Filled Under:

Warga Emas Berusi75 tahun Di Tumbuk Remaja Sehingga Di Bawa Ke Hospital Lebam Sebelah Mata.

Kesian itu la yang boleh diungkapkan kepada seorang atuk yang ditumbuk oleh remaja yang kurang ajar, sampai lebam bijim mata tu.. budak sekarang kene tegur pun tak boleh..
‪#‎bhmetro‬ ‪#‎mynews‬ ‪#‎ohmedia‬ ‪#‎sukanstar‬

Bintulu: Warga emas berusia 75 tahun lebam mata kiri ditumbuk remaja kurang ajar yang tidak berpuas hati ditegur supaya tidak merosakkan tong sampah disediakan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) dalam kejadian di Kampung Sinong, di sini, Rabu lalu.

Kejadian pada 8.30 malam itu menyebabkan Awang Habeni Awang Juli, 75, terpaksa dibawa ke Hospital Bintulu oleh anaknya untuk dirawat.
Anak mangsa, Awang Ahmad Tarmizi, 27, berkata, sebelum kejadian, bapanya yang mengusahakan kedai runcit di kawasan terbabit mahu menutup kedai dan ternampak sekumpulan lima remaja dalam lingkungan usia bawah 20-an merosakkan tong sampah disediakan BDA di sebuah bangunan kedai berhampiran.

Katanya, bapanya menegur mereka sebelum didekati kumpulan remaja berkenaan yang tidak puas hati ditegur.
“Seorang daripada mereka menumbuk mata ayah. Ia perbuatan keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.
“Kejadian itu turut disaksikan oleh kakak saya namun dia tidak mampu berbuat apa-apa berikutan remaja terbabit memberi amaran supaya tidak masuk campur sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian malang menimpa bapanya sebaik menerima panggilan daripada abangnya sebelum bergegas pulang ke rumah dan mendapati mata bapanya mula membengkak.

“Saya tidak menyangka niat baik ayah menegur perbuatan mereka itu mengundang padah dan berharap supaya polis dapat mengesan kumpulan remaja terbabit serta mengenakan tindakan terhadap mereka," katanya.

Berikutan kejadian itu katanya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Awang Ahmad Tarmizi memuat naik gambar bapanya di Facebook dan status itu dikongsi dan menjadi ‘viral’

Ramai yang simpati dengan kejadian yang menimpa warga emas itu dan mereka mendoakannya supaya cepat sembuh serta pelakunya segera ditangkap.




0 comments:

Post a Comment