Saturday, October 17, 2015

Filled Under:

Tanda Kolestrol Tinggi Dalam Badan dan Cara Turunkannya

Kenali Petanda Badan Anda Mempunyai Paras Kolestrol Tinggi dan Cara Turunkannya

Tanda Kolestrol Tinggi Dalam Badan dan Cara Turunkannya

Kenali tanda kolestrol tinggi dalam badan kita serta cara untuk turunkan kolestrol dalam badan. Apa itu kolestrol? Kolestrol ialah sejenis lemak (lipid) yang diperlukan oleh badan kita untuk menjalankan aktiviti seharian. Kolestrol terbahagi kepada dua ialah kolestrol yang baik dan kolestrol tidak baik, LDL (Low Density Lipoproteins) kepada tubuh kita.

Kolestrol HDL, High Density Lipoproteins (kolestrol baik) berfungsi untuk mengeluarkan kolestrol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati kita.HDL membantu mencegah pembentukan plak di dingding arteri atau pembuluh radah kita. Aktiviti seperti bersukan dan bersenam boleh meningkatkan paras HDL dalam tubuh kita.
Kolestrol LDL ini cenderung untuk melekat di dinding arteri darah kita dan membentuk plak kolestrol yang menjadikan saluran darah menjadi sempit dan anggota badan kita kekurangan darah.
Trigliseride juga salah satu lipoproteins yang terhasil dalam tubuh kita. Trigliseride yang berlebihan disebabkan oleh jumlah kandungan lemak yang tinggi (LDL dan HDL) dalam tubuh. Paras Trigliseride yang tinggi adalah tidak bagus untuk kita dan boleh menyebabkan penyakit seperti sakit jantung dan diabetis.
Gejala dan Tanda Kolestrol Tinggi Dalam Badan
  • Sering berasa letih dan mengantuk walaupun mendapat waktu tidur yang cukup
  • Selalu berasa kebas pada bahagian kaki
  • Selalu rasa sakit kepala dan kurang selesa disebabkan kadar pengaliran darah ke otak semakin kurang disebabkan arteri menjadi sempit akibat kolestrol
  • Mengalami sakit dada pada waktu-waktu tertentu
  • Masalah Jerawat mudah timbul dan terdapat bintik-bintik hitam atau bintik kuning putih (penggumpalan lemak) yang timbul di sekitar wajah dan leher.
  • Berat badan yang semakin bertambah
Bagaimana cara turunkan tahap kolestrol dalam badan?
  • Kurangkan makanan berlemak dan mengandungi lemak lepu dan lemak trans yang tidak elok untuk badan. Amalkan diet mengikut Piramid Makanan Seimbang. Pengambilan makanan yang berkalori tinggi perlu dihilangkan dengan bersukan/bersenam atau ia akan menjadi kolestrol dalam badan kita.
  • Banyakkan memakan produk susu dan serat seperti Oat.
  • Berhenti merokok
  • Jangan mengambil minuman keras atau beralkohol
  • Kurangkan minum minuman manis dan minuman bergas seperti Coa-Cola dan sebagainya. Banyakan minum air masak/suam.
  • Buat aktiviti sihat seperti bersukan atau bersenam
  • Kurangkan stress dan cuba rehatkan otak dan badan secukupnya
  • Mengambil ubat yang betul dan sesuai dengan badan (ikut nasihat doktor)
Kebiasaannya kita susah untuk mengetahui tahap kolestrol dalam badan kita. Walaubagaimanapun, kita boleh merujuk kepada tanda kolestrol tinggi dalam badan kita atau juga boleh membuat pemeriksaan paras kolestrol dengan doktor di hospital atau pusat kesihatan.




0 comments:

Post a Comment