Sunday, October 11, 2015

Filled Under:

Padah Menunjuk-nunjuk, Kereta Mewah Bernilai RM 2.3 Juta Terbakar


Oleh Aimi Nordin. Sumber Hanasuva

Orang tamak selalu rugi. Cerita ini bukan orang tamak saja yang selalu rugi malah orang yang suka menunjuk-nunjuk dan berlagak juga boleh jadi rugi. Haa kerugian yang berjuta-juta lagi. Baru-baru ini viral di media sosial sebuah kereta mewah Lamborghini yang terbakar di Dubai.

Melalui video yang dimuat naik di laman sosial itu menunjukkan kereta Lamborghini Aventador benilai RM 2.3 juta tersebut cuba menunjuk-nunjuk dengan menekan minyak sewaktu berhenti di lampu isyarat.Akibat daripada itu, tercetusnya api yang keluar menerusi ekzos dan menyambar bahagian belakang kereta. Pemandu lain cuba memberi amaran kepada pemilik kereta mewah tersebut tetapi tidak diendahkan.

Akibatnya, api menjadi lebih marak dan terjadi kebakaran besar serta kereta tersebut terpaksa diberhentikan. Itulah padahnya ya jika kita nak menunjuk-nunjuk. Bukan setakat kerugian tapi kan dah kena menahan malu. 





0 comments:

Post a Comment