Saturday, October 17, 2015

Filled Under:

PESAWAT MISTERI MH370... Akhirnya Polis Dedah Gambar BENDERA Yang Ditemui Oleh Sepupu Pak Jamil !!!

MH370 Di Filipina.. Akhirnya Polis Dedah Gambar BENDERA Yang Ditemui Oleh Sepupu Pak Jamil !!! | Lelaki yang membuat laporan polis mengenai dakwaan penemuan bangkai pesawat yang dipercayai milik MH370 telah menyerahkan sehelai bendera Malaysia dan tiga keping gambar Pulau Sugbay yang dibawa ke Malaysia oleh ibu saudaranya.


Sekadar Gambar Hiasan.
Jamil Omar, 46, berkata dia mendapat maklumat mengenai perkara tersebut dari ibu saudaranya, Siti Kayam Kisung, 57, yang melawat saudara di Filipina. Menurut laporan sebelum ini, bendera itu diambil oleh penduduk di kawasan penemuan bangkai tersebut.
“Bendera itu ditemui dalam bangkai pesawat oleh penduduk pulau itu yang pergi memburu burung.
“Saya berikan semua bukti itu kepada anak saudara sebelum diserahkan bendera itu kepada polis bersama tiga keping gambar pulau atau lokasi umum tempat itu.
“Penduduk di sana mendakwa terlihat bangkai pesawat di pulau itu ketika melawat keluarga di Pulau Sugbay, September lalu,” katanya memetik laporan myMetro.
Tambahnya juga, penduduk disana tidak mengenali bendera Malaysia dan tidak mengetahui tentang pesawat yang hilang memandangkan kawasan itu kurang berpenghuni dan kurang mempunyai alat komunikasi.


“Kerana kurang peralatan elektronik atau kemera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.
“Saya kemudian datang ke Sabah lalu menceritakan hal ini kepada mereka dan seorang anak buah saya membuat laporan polis agar dapat membantu dalam pencarian terbabit,” katanya.- Siakapkeli.my






0 comments:

Post a Comment