Tuesday, October 20, 2015

Filled Under:

[MESTI BACA] Kisah Seram: Hantu Kondominium Tingkat 21 (Bahagian 1-4)

**[MESTI BACA] Kisah Seram: Hantu Kondominium Tingkat 21 (Bahagian 1-4)**





BAHAGIAN 1

Selepas selesai pulang dari kerja, aku dijemput lah datang lepak kerumah kawan aku, (Kondominium dirahsiakan) dia baru pindah sana.

Semasa perjalanan nak ke sana, hati aku rasa macam tak sedap lah, tapi takda pula nampak benda-benda aneh sepanjang nak ke rumah kawan aku tu.

Sampai je Kondominium kawan aku, aku turus cari parking visitor (pelawat).Keadaan persekitaran macam biasa je, angin bertiup sejuk je. Aku ni jenis tak takut benda-benda halus, bukan cakap besar tapi kalau terjumpa nak gak tengok, hehe (gurau je taw).

Aku pun berjalan ke tempat lif, aku seorang je yang tunggu lif masa tu jam 2 pagi. Pintu lif pun terbuka, kawan aku tu tinggal tingkat 5. Apabila aku masuk je pintu lif tiba-tiba datang seorang perempuan lari kejar nak masuk lif. Dengan selamber dia tahan pintu lif guna kaki dia. Aku pun cepat-cepat tekan butang buka!

Perempuan tu pun masuk, dengan muka tak senyum langsung. Dalam hati aku cakap, "eh perempuan ni tak sakit ke tadi terkepit kat pintu lif" Nak tanya macam seram pulak, mana tak nya muka pun xda senyum.

Dia tekan tingkat 21, dalam hati "mak ai tingginya ko sewa" lepas tu tiba-tiba dia tanya aku! "awak buat apa kat sini? pergi rumah siapa"?

Aku pun jawab, pergi rumah kawan, dia baru pindah sini minggu lepas. Dah dia tanya aku, aku pulak tanya dia, " awak tinggal bujang ke"? Tinggi ya awak sewa. (Sebab masa dia tanya muka dia macam cun pulak).

Kisah seramnya bermula kat sini : -

Kau bayang kan aku nak turun tingkat 5, Dia tingkat 21 macam mana aku dan dia boleh ada lama dalam lif tu!!!!!!!!!! sampai aku baru tersedar dah sampai tingkat 18!!! aku pun keluar dari lif itu!

Terus tukar lift sebelah nak turun balik. Yang seram nya lif tu tak naik sampai tingkat 21 la!!!!! dammnn!!!! bulu roma bulu kaki semua da naik! Perempuan tadi tu hilang cam tu je! Padahal baru tanya satu soalan. Tu pun dia x jawab, senyum je!

Inilah kisah aku masa naik lif! cerita macam tak seram, tapi sesiapa yang mengalami situasi macam aku baru taw!!!



BAHAGIAN 2

Lepas aku keluar dari lif tu, aku tukar lift sebelah nak turun balik,

Aku pun turun la, ada lif dari bawah G floor naik (masa ni aku da kat tingkat 18 la) aku da mula lah rasa x sedap (padahal x caya benda halus) lif pun sampai tingkat 18 (kosong) ye la 2 pagi siapa je nak keluarkan. dari tingkat 18 tiba berhenti kat tingkat 16, buka je pintu!!!! lif perempuan tadi la!!!! siakkkk dalam hati aku, ni memang hantu ke sundal! (takut-takut maki gak dalam hati). Arrggg aku wat bodoh je la! dia pulak gatal tanya aku! "bukan ke awak nak turun tingkat 5?" (aku x jawab pun apa dia tanya)

Dalam hati eh! "perempuan ni tadi aku duk borak dengan kau la sampai terlepas ke tingkat 18". Bunga melur dia pulak penuh dalam lif tu. Benda yang sama gak jadi! aku dengan dia macam lama je dalam lif tu, aku pulak macam bodoh je. Tiba-tiba handphone dia bunyi la, nak taw lagu apa ringtone dia? " Menanti Kekasih " tapi tak full pun ringtone dia. "Arrggg dalam hati alamak cepat la lif!!! turun!" aku taw lagu tu sbb kawan aku ada pasang dulu masa dalam kereta.

Nak sedap kan hati! aku pun buat-buat la tanya dia, hi awak sedap ya lagu siapa tu? "Dia jawab lah! Menantiiii kekasih"korang paham x?????? Dia menanti kekasih la!!!! bulu segala bulu naik la!! (tengah taip ni pun naik seram!).



BAHAGIAN 3

Lepas tu dia bersiul-siul pulak. " Sambil tanya aku, awak boleh tak ikut saya pergi rooftop?" aku diam je memang x la kan nak layan dia. tengok dia lagi x berani( dia sebelah aku) dia tanya lagi "awak teman saya sampai depan pintu boleh?" aku diam je. Disebabkan aku x layan dia, dia menangis pulak!!! (lahanat betul) hati dah x sedap ni. Masalahnya aku rasa lama sangat dah ni dalam lif! adakah nasib aku malang jumpe perempuan ni.

Lift pulak tiba-tiba berhenti tingkat 10!!(tapi pintu x bukak,macam jam la) bayang kan dari 18 turun 16 turun 10 macam lama sangat ni! Baca doa banyak-banyak dalam hati, ayat qursi semua. Phone aku pulak battery abis! kalu x da lama aku bukak azan dalam lif tu!

Situasi sekarang macam saja je! nak aku lama-lama dalam lif tu n perempuan tu! " Dia tanya aku lagi, kenapa lif ni berhenti?" aku diam je takut nk jawab. Lepas tu!!! dari tingkat 10!!!! lif x turun! naik balik la!!! (barua betul) memang setan ke perempuan ni! aku dah macam teperankap pulak dengan dia!.

"Dia tanya aku lagi sekali, teman la saya takut nak balik sorang-sorang" Tiba-tiba aku terfikir, hmm mugkin lepas aku teman dia sampai rumah dia tak kan ganggu aku lagi kut. Ok dengan selamber je! ( kata x caya benda halus) aku jawab " ok saya teman awak" dia xjawab apa, dia senyum je. (memang cun bila dia senyum).



BAHAGIAN 4

Hairan bila nak ke tingkat 21 (rumah perempuan tu) lif macam biasa je naik cepat je sampai. Sampai je depan pintu rumah dia no T-5-21 dekat pintu rumah dia penuh bunga melur dia gantung, kat lantai pun ada bersepah. Dia pun senyum bila da sampai rumah dia. (Dalam hati aku macam lega, maknanya dia memang manusia la kan) aku anggap apa-apa yang aneh td pekara biasa je.

Aku pun pergi la ke tempat lif nak turun la tingkat 5, lif pun jalan macam biasa. Aku rasa lega je aku pun terus ke rumah kawan aku. Kawan aku tegur aku, "asal kau lama sangat?" aku pun cakap la ada hal sikit, (malas nak cerita apa jadi tadi). Esok pagi jam 10 aku saja naik atas tingkat 21 cari rumah perempuan semalam tu T-5-21 (sure x salah, aku igt no rumah dia) tapi hairan xda pulak bunga melur, semalam ada. Arrrgg biar la...


Sekian tamat.




0 comments:

Post a Comment