Monday, October 19, 2015

Filled Under:

MENYENTUH BERIBU HATI PENGUNA FACEBOOK APA YANG TELAH DIA LAKUKAN KEPADA IBUNYA AMAT SIMPATI

Budak Perempuan 3 Tahun Jaga Ibu Yang Sakit Sendirian


Kisah Qianqian, seorang anak kecil berusia 3 tahun di Ruzhou, China menyentuh beribu hati selepas dia dilaporkan perlu menggalas tanggungjawab menjaga ibunya yang mengalami kecederaan teruk selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari pada September lalu.

Ibunya, Wang Huixian, menderita beberapa keretakkan tulang semasa kemalangan itu dan kini hanya mampu terlantar di hospital. Kedua ibu bapa Wang meninggal dalam kemalangan tersebut dan dia telah terputus hubungan dengan bekas suaminya selepas penceraian. Jadi, beban menjaga Wang jatuh kepada bahu si kecil Qianqian.

Sudah jatuh di timpa tangga, pemandu yang melanggar Wang melarikan diri selepas kemalangan tersebut. Jadi tiada siapa yang akan membayar kos rawatan di hospital itu memandangkan mereka juga adalah orang susah.

Hanya berusia 3 tahun, Qianqian melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh orang dewasa. Dia yang hanya memakai satu-satunya baju yang dia ada kelihatan memberi ibunya makan dan minum dan membersihkan ibunya memandangkan ibunya tidak boleh bergerak.

Cerita ini membuka mata banyak pihak dan menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Betapa besar beban yang harus dipikul seorang anak kecil yang sepatutnya hanya bermain seperti rakan-rakan sebayanya. Itulah pengorbanan seorang anak untuk ibunya. 




0 comments:

Post a Comment