Saturday, October 17, 2015

Filled Under:

KASIHAN TEGAR WAJAH SEBENAR PENYANYI BAHARU YANG MENOLONG TEGAR SEPTIAN KETIKA KES GANGGUAN SEKSUAL




Pemenang #AF2015, Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid enggan memanjangkan kisah lama seandainya perkara itu diungkit semula oleh sesetengah pihak.
Sekitar Mac lalu sebelum menjalani sesi pembelajaran di #AF2015, Sufi pernah tampil membantu penyanyi cilik Indonesia, Tegar Septian yang dikatakan berhadapan dengan kes gangguan seksual yang dilakukan oleh bekas pengurus yang juga bapa tirinya, Muhammad Arif Dollah.
Sufi membuat pengakuan peribadi dihadapan pihak media dengan mengatakan yang dia pernah didera secara seksual oleh Arif. Pendedahan itu dilakukan selepas pihak Tegar membuat laporan polis di Singapura berkenaan dengan kes gangguan seksual yang dilakukan oleh Arif terhadap Tegar.
"Jika ada pihak yang mahu mengungkit sejarah hitam atau cerita lama, bagi saya, apa yang berlaku dahulu, biarlah ia berlalu. Saya rasakan perihal kontroversi atau peribadi tidak perlu dipanjangkan, melainkan ianya benar-benar serius," kata Sufi kepada Portal Murai.
Tidak tahu mengenai perkembangan kes sepanjang pembelajarannya di #AF2015, Sufi mahu menumpukan fokus terhadap karier muziknya.

"Sepanjang tiga bulan dalam akademi, saya tidak tahu apa perkembangan dunia luar kerana semua pelajar tidak dibekalkan dengan telefon bimbit sendiri. Apa yang saya belajar di dalam akademi, kisah lalu tidak perlu dipanjangkan.
"Ada baiknya jika saya fokus dan menggunakan masa yang ada untuk membina kerjaya saya dalam bidang nyanyian. Selepas ini saya semestinya sudah sibuk mengikuti program yang diaturkan oleh pihak pengurusan," kata Sufi lagi.
Menyampaikan lagu Andaiku Bercinta Lagi dendangan asal kumpulan Mojo dan lagu baru yang berjudul Kisah Dua Muka ciptaannya sendiri, Sufi berjaya mendapat udian tertinggi sebanyak 41 peratus dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000, pakej percutian ke Dubai dan trofi #AF2015.
Konsert akhir #AF2015 yang dihoskan oleh Faizal Ismail dan Zizan Razak bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123). Gunakan hashtag #AF2015 untuk berinteraksi mengenai #AF2015 di laman sosial.




0 comments:

Post a Comment