Monday, October 19, 2015

Filled Under:

HOBI YANG JIJIK SEBENARNYA MULIA DI SISI ALLAH

Jadikan Kutip Sampah dan Bersihkan Kemudahan Awam Sebagai Tabiat Selama 2 Tahun


Oleh: Aimi Nordin. Sumber:cctvnews

Bagi kebanyakan dari kita, membersihkan rumah mengambil masa yang sangat lama itu tak termasuk jika perasaan malas datang. Tetapi pemungut sampah di Shenyang, Lianong ini telah lakukan sesuatu yang patut kita contohi.

Bagi rakyat di China, dia digelar pengutip sampah yang mempunyai hati yang mulia. Selama 2 tahun dia membersihkan kemudahan awam seperti tong sampah, papan tanda di hentian bas dan sebagainya tanpa sebarang bayaran.

Gambarnya membersihkan kemudahan awam menjadi viral selepas di muat naik di internet. Menurut masyarakat yang tinggal di kawasan berhampiran, dia melakukan perkara itu sebagai tabiat hampir 2 tahun tanpa mengira cuaca.

“Pernah sekali di musim salji, sampah di tangannya hampir menjadi ais, namun di masih meneruskan kerja pembersihan.”Cerita seorang penduduk setempat.

Lelaki dalam lingkungan usia 50-an ini mengatakan dia hanya ingin melakukan sesuatu yang bermakna. 




0 comments:

Post a Comment