Sunday, October 11, 2015

Filled Under:

Comel Nenek Ni Tangkap Gambar Untuk Jual Rumahnya

Oleh Aimi Nordin. Sumber The Vocket

Jika sebelum ini kami pernah kongsikan dengan anda seorang lelaki membina roller coaster di rumahnya untuk memudahkan orang datang melihat rumah yang ingin dijualnya, kali ini seorang nenek melakukan aksi yang melucukan pula.

Gambar-gambar ini menjadi viral apabila seorang nenek, Yolie Ball meminta pertolongan anaknya, Sandra untuk menangkap gambar bagi mengiklan rumah yang ingin dijual di Davenport, Florida,. Nenek berusia 86 tahun ini baru sahaja hendak melangkah keluar daripada shotgambar, tetapi sebagai gurauan Sandra meminta ibunya beraksi, seperti – mengintai dari balik pintu, mengampu dagu di kabinet dapur, dan bersantai disunroom.

Cucu Yolie, Makenzie, yang merasakan aksi neneknya sesuatu yang melucukan lalu berkongsi gambar-gambar tersebut di akaun Twitternya.  Tidak menyangka rupa-rupanya, ramai yang merasakan gambar itu lucu. Status Makenzie telah di-retweet semula sebanyak 40,000 kali!

Setiap hari, Yolie Ball menjadi semakin terkenal, tetapi seperti gambarnya, beliau masih kekal ‘cool’ dan comel.
“Nenek saya adalah seorang yang selalu gembira, dan beliau teruja kerana berjaya membuat orang ramai tersenyum,” kata Makenzie.




0 comments:

Post a Comment